Pemakluman (Monday, March 14, 2011)
Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menyediakan pembiayaan di bawah Dana ScienceFund dan Pra Pengkomersilan dari fasa penyelidikan, pembangunan sehingga Pra Pengkomersilan. Dana-dana tersebut adalah kesinambungan daripada Dana ScienceFund, TechnoFund dan InnoFund yang telah diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). MOSTI telah menghasilkan garis panduan mengenai bidang-bidang keutamaan penyelidikan dan kuantum bagi pembiayaan dana ScienceFund dan Pra Pengkomersilan di bawah RMKe-10. Oleh yang demikian, permohonan projek bagi pembiayan di bawah Dana ScienceFund dan Pra Pengkomersilan perlu mengikut garis panduan dan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web rasmi MOSTI. Terima kasih |